Tuesday, May 8, 2007

Test

Test jer..

Saturday, September 30, 2006

Aku MaT SkUtEr !!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ricky Wan Says...

Kalau korang nak tau, banyak duit aku habis kat motor nie...
Untuk ' Air Brush ' je dah nak dekat RM1500...
Sound system dah dekat Rm2500....
Korang jangan ikut macam aku...simpan duit untuk masa depan....
Sekarang aku kurang guna motor ni....sebab naik kerata pergi kerja....
So motor ni aku simpan kat ' Muzium ' je.....( Dlm Garaj la.... )

AYAT-AYAT POWER KARAM SINGH WALIA

> 1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
> 2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
> 3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
> 4. Biar lambat asalkan tak cepat
> 5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
> 6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
> 7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
> 8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
> 9. Secupak takkan jadi 18 cupak
> 10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
> meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
> 11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
> dalam mulut.
> 12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
> 13. Alang-alang mandi biar guna sabun
> 14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
> 15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
> 16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
> 17. Hidup segan mati di tanam
> 18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
> 19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
> 20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
> 21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau
> nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
> 22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
> 23. Membujur lalu melintang pukang
> 24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
> lebih baik hari tak hujan
> 25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
> 26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
> 27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Ricky Wan Says....

Kalau macam ni pepatah yang Karam Sigh gunakan di Kaca TV....
Cuba anda semua bayangkan.....
Hehehehe.......

Friday, September 29, 2006

Misteri kedai tak untung (baca dulu)!!!!!!!!
















Ini adalah kejadian yang betul² berlaku kat Daerah Bentong.. Tokey kedai tersebut sering berkata kepada ku... sejak pengambil alihan business dari datoknya... dia seringtertanya² tentang business yang tidak pernah mendatangkan keuntungan kepadanya... dah banyak bomoh dia berjumpa...siam, indon termasuklah congo.. namun tiada jua keuntungan ke atasbusiness tersebut... tetapi aku dengan rasa kureng puas hati telah pergi ke kedai datoknya itu.. dan hasilnya......ermm.. patutlah tak untung untung...hmmmmm

Ricky Wan Says...

Kalau tak untong, baik tak payah bukak la apek.....

Thursday, September 28, 2006

Perihal Kentut

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah. (sebab aku nih lelaki aku pun tak tahu). Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan...

Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus.
Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung.
Ini adalah suatu kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.

Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari.
Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.

Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut .Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri j uga boleh terbakar.
Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu.
Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

Adalah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu.
Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

Hai wan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai.
Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
Pengentut cuba mengentut deng an sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi.
Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

Adakah kentut mampu membunuh?
Menurut pendapat perubatan, kentut ti dak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik.
Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya.
Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...

Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.


Ricky Wan Says...

Jangan takut, kalau nak Kentut...
Layan je kentut korang, jangan malu....jangan segan....
hehehe..ceh..busuk punya olang....

Aku Orang Kuat Manchester United merangkap orang kanan Alex Ferguson....Hehehe....Jgn Marah



Ricky Wan Says...

Korang nampak tak dalam gambar kat atas tu....cuba perhatikan betul-betul..
heheeh....

Novel : KISAH CINTA JULIA


Aku Seorang Supervisor di Infineon(Tempat keje aku le..),Hari ini genap aku setahun menjadi supervisor disini,kat sini aku nak ceritakan pengalaman aku kat korang semua..Pada bulan April yang lalu, aku ada kenal sorang awek yang cun melecun kat tempat aku kerja,tapi shift dia dgn aku tak sama la.., nama dia Siti Zunaidah, atau lebih dikenali sebagai ( Julia ), tu kira nama glamour dia la...orang kata...
So pada suatu hari, kebetulan partner aku( nasrun ) dia ni cuti, cuti tahunan, 3 hari pula tu,Fuh..masuk le aku..OT le kiranya nie..Pada hari pertama aku masuk shift dia, aku macam biasa je, tapi bila aku terpandang dia masa akunak pergi toilet, peh...gua cakap lu beb lawa betul dia..dia nie ada campuran sikit ( antara Indon dan melayu sini ) tu pasal dia cakap ada slang indon..heheehe...indon pun indon la..janji rock...
so aku pun beranikan diri la..pegi jumpa dia kat line production aku...bila aku masuk line tu je..ramai mata yang pandang aku..aku pun buat do know je la..'kalau hati dah berkenan apa kira betul tak??so aku nie tanya la nama dia, padahal dah tahu, buat tanya2 lagi..heheh jaga saham beb..dia pun jawab lah..Siti Zunaidah.., pastu aku pun cakap lah kat dia, bukan Julia ke???dia pun senyum, dia tanya kat aku balik, macam mana tahu...Alamak Kantoi aku....aku pun jawab la..dgn control macho lagi..kalau dah berkenan Apa apa je boleh tahu..dia pun ckp ye ke...???, aku pun mati kutu nak tanya apa lagi...
Aku pun blah lah dari line dia sebab budak2 semua dah nak masuk dari Break...Masa tu jam dah pukul 1.45 pagi..perut aku pun dah lapor sangat, so aku panggil la kawan aku pi break...Bila masuk break je aku pun sambung la buat keje aku kat opis aku..buat keje punye keje..jam dah nak dekat pukul 5 pagi...so aku pun pi la ronda2 kat line..budak2 ni..kalau tak jaga..boleh bukak zoo....
aku pun pegi lagi kat line dia, aku tengok dia, dia pun tengok aku..pastu dia senyum..ada respon lak tu..yahooo...lebih2 lak aku nie...masa tu aku dgn dia je..kawan dia dah pi break pagi...aku pun tanya dia..dah kawin ke belum..dia jawab malu2 dan lembut, belum lagi...knp>>>???aku ckp saje je tanye...
aku cakap kat dia, boleh kenal tak..dia ckp boleh..mintak no telepon leh tak??? dia ckp nak buat apa???so aku pun ckp lah kat dia..saje je nak test power...boleh tahan jugak ayat aku nie....kan...bila balik pagi tu..aku minum la kat kedai Ah keong..dekat ngan tempat keje aku la...lepas minum aku pun balik la kat rumah aku..sampai je kat rumah, aku terus call dia..dia jawab..ya..nak ckp ngan sape..aku pun terkedu le,,,suara ni punya lembut..peh..boleh buataku pengsan...aku pun cakap..ni saya wan..kenal tak???dia gelak kecil...dia ckp awak telepon jugak saya ya..Kita pun borak2 la...sampai terputus talian..aku pun check la kredit aku..tinggal Rm0.01sen.dari Rm 30.00 tadi, skg tinggal 1 sen...peh abis duit aku beb..nak dekat 1 jam..gayut punya pasal..
Jam dah dekat pukul 10 pagi, maklum la..baru baru balik keje malam..mengantuk jugak mata nie...macam kena cucuk dengan lidi..perit..aku off hanset..pastu aku terus masuk tido...
Hari kedua..Aku masuk pukul 7mlm, biasa la..kalau buat coverage kita nie jalan 12 jam..4 jam kira OT le..masuk masuk keje je..macam macam hal pulak..dgn boss dan budak2 kat line nie...so aku kasi kautim le,, aku punye keje dulu..Pukul 11mlm, aku pun ronda kat line, sebab awek cun tu dah masuk keje..aku pi la jln kat line dia...tgk dia x de..tiba2 ada org sape aku dari belakang..wak..nk sign...teperanjat beruk aku..rupa nye dia la...yg panggil aku...kat kilang aku kalau korang nk tahu...ader byk kes kehilangan Gold Wire, dalam bahasa melayu nye..benang emas la...so boss suggest suruh gunakan in and out form sign utk verify gold wire yang masih dimesin atau pun tidak
malam tu aku selalu pegi kat line dia, sebab aku ni gatal nak tgk dia,masuk dalam line tu dia pandang aku semacam je..pastu dia senyum...nak ape??dia tanya..aku pun ckp la kat dia,hai tak kan tak boleh nk jumpa anak buah..( org bawahan la..nanti korang salahpaham lak...)so aku pun tanya la kat dia, dia nie asal dari mana???dia kata Bapa dia nie askar pencen, bapa dia dari seberang, apa nama tempat tu aku kurang pastila tapi rasanye ( Banjar ), so emak dia orang sini..Kacukan le rupanyer...So aku pun ckp la cara dan lengok indon..dgn dia..dia gelak kat aku..dia ckp malu la wak..dia ni, satu hal lagi, suka ckp malu la...malu la...ntah aper dia malu pun aku tak tahu....so aku tanya dia tinggal kat mane..dia ckp kat rumah la..alamak..loyer buruk la..pulak...pastu dia gelak..dia ckp kat Mata Kucing..( nama tempat tau..bukan kucing..)
Aku pun tanya lagi..datang keje naik ape??dia kata naik bas...aku pun slow talk la dgn die..balik nanti saya hantar la...yer...dia ckp malu la wak...isk la budak ni...malu malu....aku belasah kang...baru tau..heheeheee
so, bila time balik, sampai rumah jer..mak aku suruh aku pegi pasau, suruh beli ikan..alamak spoil betul la..aku baru nak call die,,apa boleh buat dah tugas..jalan kan jer la...balik rumah, jam dah pukul 10 pagi, mata dah x larat, aku on aircond terus lompat atas katil..terus tido,...
Hari ketiga...last day aku cover Nasrun..so aku ingat nak kenal dia dgn lebih rapat lagi la..aku macam biasa pegi la jumpa dia kat line dia..tapi bila line clear jer..kalau budak line dia nampak nanti, apa lak dia ckp nanti kan...masuk kat line dia, aku pun ckp kat dia non...dah mangen..( Saudari dah makan...dalam bahasa mlyu le )dia ckp awak ni jahat la..suka ejek saya..malu la...kalau korang nak tau, dia ni manja sikit, kalau ckp ngan orang dia suka pukul2 orang..memang dia nie jenis manja..aku suka kalau budak perempuan manja macam ni..kalau buat bini bagui..heheeh angan2 la aku ni..
aku tanya kat dia, dia nie suka apa..dia pun ckp la kat aku..dia suka duduk kat rumah je..dan suka tido..aku ajak dia keluar..( gi dating la..) tapi dia ckp tak nak..malu..malu...aku pun ckp nak malu ape..kita bukan buat ape2 pun..dia ni ada sepupu kat line depan..nama dia Sharida..sharida nie pun jenis lembut gak..manja...so aku nie ada dua awek kat line yang cun dan manja..mana satu nak pilihkan..hehehe...gatai..
pagi tu..aku balik,kat parking kereta..aku nampak kereta Rosnan rosak...Rosnan ni budak aku...sama line la...so aku pegi la tengok kete dia..aku check kete dia..dia ckp tak leh start..aku rasa bateri dia dah kong la tu..dia ckp pagi semalam dia ada hantar kereta dia pegi workshop tukar Koil bateri dia..aku rasa koil dia tu tak function..so aku cakap jom aku hantar dia balik rumah...so aku pun hantar dia balik, dalam perjalanan tu..aku singgah kat kedai kopi minum ngan Rosnan.so aku pun cerita la kat dia..aku ckp kat shift dia ada awek cu,..dia cakap siapa?? Julia???, eh aku ckp..mcm mana ko tahu... aku tahu la..ko asyik masukkat line dia jee..aku nampak..kantoi aku..toing..toing...toing...dia pun ckp la..aku berkenan kat dia..aku tanya lagi...dia tinggal kat mana..Rosnan kata, kat belakang Masjid tu..le rumah dia...Rosnan pun citer kat aku lagi..kalau ko nak tahu Wan...Julia tu..umur dia lebih daripada ko.....Aku tanya ye ke??berapa umur dia..30tahun..jawab Rosnan..
Peh..aku pun jawab..tak kisah la..beb..kalau dah suka pe leh buat...kan...kan....heheeeelepas makan..aku pun hantar dia balik...sampai rumah aku terus on aircond dan terus lelapkan mata..
Hari keempat..aku dah masuk shift aku sendiri..shift aku masa tu pagi...balik pukul 3ptg..aku terus balik rumah...sampai rumah aku pun call la dia..dia ckp dia tgh tido..kesian lak aku tgk kat dia..aku ckp sori sebab ganggu dia..dia ckp tak pe..aku ckp tido la..aku tak nak ganggu..so aku kol la dia petang sikit...dalam pukul 6 aku call balik..baru dia dah bgn tido..kesian kan..kat dia.aku call dia 2 kali baru dia angkat...dia ckp td dia pegi mandi...so kita orang berborak-borak la..pasal diri dan kerja di kilang....tak de apa2 hari keempat nie yang istimewa...
Hari kelima.hari nie aku balik lambat sikit...nak dekat pukul 6 ptg baru sampai kat rumah..ada meeting dengan boss, so kena la stay back.balik rumah,,, aku mandi, pastu aku gi call dia..dia dah bangun...aku tanya kat dia..di suka apa??dia kata gelang permata yang kilat...kan sekarang trend org pakai gelang tu...Aku tanya berapa harga nya...dia kata Rm150..Kebetulan budak aku ada jual kat kilang Adam namanya...Julia kata kalau cash Rm150, tapi kalau hutang Rm180...so aku ckp suka ya gelang tu..dia kata suka sangat,,ada 2 colour masa tu, warna oren & merah...dia ckp suka warna oren sebabwarna kulit dia ni gelap sikit..tapi tak la gelap sangat beb....so aku kata nanti aku belikan untuk dia la...dia ckp..tak pe la..malu..
Habis je aku call dia..aku terus call budak aku si Adam ni...aku tanya kat dia gelang tu ada lagi tak..aku nak beli....aku ckp la kat dia aku nak belikan untuk si Julia...Adam gelak...aku ckp kat Adam..tolong jgn beritahu orang lain....dia janji ngan aku esok dia bawa pi kilang...
hari Keenam,Pagi tu aku sampai awal kat kilang tunngu siA dam ni..bawa kan gelang untuk Si Julia...So aku jumpa ngan Adam dan dapatkan gelang tu...bawa sekali duit dia..tunai tau tak main la..hutang2So aku masuk line jumpa ngan partner aku Nasrun...lepas salam ngan dia..aku teruspergi kat line jengok2 si Julia ni...dia pandang aku terus senyum...manis senyuman...dia ni..terpikat betul aku kat dia...Aku pergi la dekat2 dengan dia..aku ckp nak bagi dia sesuatu..dia ckp apa.??aku cakap la suprise...kalau nak jumpa petang nanti...so pukul 5 petang aku call dia..aku ajak dia keluar..so dia pun ikut aku..itu first time dia keluar ngan aku..bangga nya,,beb...Aku bawa dia pergi kat kawasan tak der orang banyak la...kalau tak nanti kantoi plak kan...so aku bawa dia pi kat Area Sungai melaka...sampai kat situ..dia ckp nak bg apa..so aku slamber je lah..aku ckp..nak bagi dia sungai ni..kat dia..
dia ckp kat aku..tu je..??aku pun ckp la..ye la..tu je aku nak bagi kat dia...so dia kata nak balik la..aku ckp kejap la..aku pegang tangan dia..bawa dia kat kerusi..so aku dgndia duduk la..aku keluar kan bungkusan gelang dari kocek Sweater aku..aku terus bagi kat dia..dia terperanjat..dia suka sangat..tu kata dia la..so aku buka bungkusan gelang tu..dan aku pakai kankat tangan dia...pastu dia goyang2 kan tangan dia..dia tanya kat aku cantik tak..aku ckp cantik..tengok la..sapa bagi..dia ckp ngan aku...nanti dia bayar pada hujung bulan..aku ckp tak pe..aku ikhlas je bagi kat dia..tak minta bayaran pu..pastu aku pun hantar dia balik rumah...bila aku sampai rumah...aku terua call dia..aku tanya suka tak..dia kata suka sangat.....terima kasih wak..dia kata pada aku.
Hari Ketujuh..dah seminggu kami berkawan..hubungan aku dengan dia, semakin rapat..kami selalu berhubungan dengan telepon, boleh dikatakan setiap harikalau aku tak call dia satu hari dan dengar suara dia..boleh gila beb...hari nie dia stayback..aku hantar dia pegi kilang untuk kerja...so aku balik kerja je..aku balik rumahmandi..dan makan..dalam pukul 6 aku keluar rumah untuk hantar dia pegi kerja...dia sms kat aku..''Wak jadi hantar saya..'' aku balas sms dia tunggu sekejap..dalam 10 minit aku sampai...dia ni lain sikit...dia suruh aku jemput dia kat depan surau dekat rumah dia...maklum la..kami baru kawan...so mungkin dia tak nak aku jumpa mak bapak dia kot..kalau datang rumah dia nanti..kantoi lak dia...so aku hantar dia pi kilang...sampai depan kilang je...aku nampak Salamiah...kawan si Julia..la..ada kat depan pintu masuk dgn abg sayang dia kot...dia dah senyum kat aku...alamak kantoi dah...tak leh nak sorok..so aku buat bodoh je la...aku tegur dia...Julia turun kereta je..dia kata terima kasih ye wak...bye..bye...aku terus call Amin member aku sama tempat kerja...aku ajak dia pi minum teh tarik kat kedai Ajak..Ajak ni member aku..dia biness kedai makan la..hii banya betul kawan aku dalam ni coretan aku ni kan..ntah korang paham ke tidak apa yang aku cakap nie.....
Sebulan selepas...bulan MayHubungan kami semakin akrab...aku selalu suka kacau dia..selalu aku telepon dia la..aku telepon dia pun selalu pakai telepon company...sebab aku ni senkek sikit kalau tengah bulan...dia ni suka karaoke...lagu yang dia suka..lagu dari seberang la...apa lagi Indon le tu.....Dia suka lagu Mayang Sari...( Tiada Lagi..) lagu nie pun pernah di popular kan oleh Kumpulan Rockterkemuka tanahair Search...korang nak lirik dia..nah ambil....

Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati slalu berbeda sampai kapan lagi kuharus menahan rasa kecewa didalam dada......... seandainya kita masih bersatu tak mungkin kan menyatu walau masih ada sisa cinta ........ biarkan saja berakhir sampai disini....... tiada lagi ................ yang kuharapkan tiada lagi .............. yang kuimpikan biar aku sendiri tanpa dirimu................... tiada lagi ............. kata cintaku ........ takkan lagi ku bersamamu biar kusimpan semua kenanganku bersamamu Repeat * Bulan kedua...Bulan JunAku pernah ajak dia keluar untuk kali kedua..tapi bila aku ajak dia keluar je,...dia kata nanti la...malu...la..mcm2 alasan, ada je...aku tak kisah sangat, janji aku suka kat dia..sebab aku sayang sangat kat dia..so bila aku telepon dia..aku pernah ckp kat dia..aku syg sangat kat dia..sebab aku suka kat dia...aku dapat jumpa dia pun masa aku masuk kerja je..dan hantar di balik kerja..tu je..ada sekali masa aku kerja shift malam si Julia nia ada masuk shift aku..sebab buat coverage untuk line aku.so aku dapat la tengok dia puas2..hari2 aku pergi kat line dia..sebab nak tengok dia...hari tu jugak dia sedih...sebab ada orang kacau dia..kat line dia semasa dia buat kerja..so dia ckp kat aku ada orang duduk kat line dia kacau dia..minta no telepon dia..dan mcm2 lagi..aku ni jealous juga sebab ada orang kacau awek aku..tapi ape leh buat kan..sekarang semua orang dah tahu aku kawan ngan Julia ni..boleh dikatakan semua shift dan semua orang di tempat aku kerja bercerita tentang aku dan dia...sampai si Julia ni naik sedih sebab ada orang kutuk dia..sebab dia kawan ngan Supervisor..sampai ada orang ckp..kalau kawan ngan supervisor....senang lah..kalau ada apa2 hal leh kautim..sampai mcm tu sekali mulut orang kan...aku pun benggang gak..tapi bukan banggang..heheehee.
Bulan Keempat..Bulan Ogos..Semua cerita tentang aku dan Julia dan semakin reda..semua orang, macam dah merestui hubungan aku..dgndia..so aku happy la sekarang sebab orang semua semakin memahami diri aku dan Julia..macam biasa la..tiap2 hari aku call dia...kalau tak, boleh sasau dibuat nye..aku masih ajak dia kelua ngan aku tapi, alasan yang sama jugak diberikan pada aku..nanti la...malu...la..tapi aku terus mencuba sedaya upaya aku sebab aku sayang sangat kat dia...tapi satu juga yang aku pernah fikirkan didalam benak fikiran aku adalah...selama empat bulan aku kawanngan dia, dia tak pernah kata sayang atau suka kat aku..aku je yang selalu yang ckp ngan dia...yang akusayang kat dia..paling kuat pun dia gelak je.....mungkin dia malu kot atau pun aku yang bertepuk sebelah tangan..entah lah..kan??Tapi menaruh harapan tu lebih baik dari memberi harapan.
dalam bulan nie, dia ada aplly leave 4 hari, aku tak tahu dia nak pergi mana..so aku tanya kat dia, dia nak pergi mana?? sebab dia apply leave yang panjang..dia kata kat aku nak pergi melawat saudara dia di KL, so aku pun merelakan la kepergian diatanpa berat hati..dalam 4 hari dia pergi ke KL, aku cuba hubungi dia melalui hanset dia, tapi dia tak jawab, soaku kirimkan pesan ringkas pada dia SMS, pun dia tak balas kat aku, aku sedih sangat sebab dia takjawab dan diamkan diri je...tak pe la...mungkin dia sibuk kot..aku cuba menenang kan diri ku sendiri....walaupun aku sedar yang aku risau sebab dia tak nak jawab panggilan akudan SMS...bengang jugak aku....
bila dia naik kerja..aku jumpa dia kat line..aku tanya kat dia..knp tak jawab panggilan aku dan balas SMSaku, dia jawab dia sibuk..alahai...tak kan sibuk pun sampai tak boleh jawab panggilan aku..dari sini aku boleh agak..dia memang ada sesuatu yang nak sembunyi dari aku..aku tak ckp banyak lagi..aku terusblah dari line dia..banyak soalan yang aku tanya...cuma sikit jer yang dijawab..mungkin di letih kot..aku cuba memandang dari sudut lain..kita ni manusia..mesti ada anjakan paradigma..kalau tak mungkin masalah tak selesai....dah nasib kot.....
aku pernah luahkan isi hati aku kat dia..yang aku suka kat dia....aku cinta kat dia...tapi dia cuma berdiam diri je..ntah kenapa dia diam pun aku tak tahu...aku juga pernah ckp kat dia yang aku nak masuk meminang dia...dia ketawa je..dia kata kalau ada jodoh...ya wak...aku sedar aku ni bangsa cina, dan dia melayu..aku mesti tukar agama aku dan cara hidup aku..tapi aku ckp kat dia..aku sanggaup lakukan itu semua...asalkan aku cinta kat dia, sebab aku masa tuaku tak der awek lain yang memikat hati aku....cuma dia je...yang bertahta di hati ku ini...tiada yg lain.
Bulan kelima, bulan September..bulan nie kira yang terakhir aku dengan dia...aku pun tak sangka ini semua terjadi..ntah mana silap nya pun aku tak tahu...aku makin bosan ngan cara dia...aku ajak dia keluar dia tak nak..aku telepon dia jawab nak macamtak nak je kawan ngan aku...so aku hubungan aku mulai renggang..aku mula tak telepon dia...sms pun aku tak hantar lagi...jumpa dia..lagi la..tak der...macam aku dgn dia tak der apa2 kaitan lansung,ada juga berapa orang budak line yang rapat kat aku, yang tanya kat aku...abg tak kawan ngan Julia lagike??aku pun jawab kiorang biasa je..bukan ade apa2 pun...aku cuba sembunyikan perasaaan aku yang sedih nidari terus lara...so lama kelamaan, aku dgn dia terputus hubungan, tak der kemesraan lagi, antara aku dgn dia...aku mula ta telepon dia lagi..sebab aku sedih dia buat aku macam tu...dia pandang aku pun tak nak lagi...apa sebab korang tanya la kat dia..aku tanya dia kata tak der ape2...apa aku nak buat...kalau orang tak nak ckp....so kalau SMS dan telepon pun tak nak balas..so aku minta budak kat line aku ni jadi runner la...Dianna ni yang banyak tolong aku...dia yang hantarkan surat aku kepada si Julia..ni...macam ni isi kandung surat tu...
HAI WAK, AWAK MASIH MARAH KAT SAYA LAGI KE???, KENAPA SAYA CALL AWAK TAK JAWAB, SAYA MASIH SAYANG KAT AWAK, SAYA TAK BOLEH LUPAKAN AWAK,HATI SAYA MASIH ADA BERSAMA AWAK, SAYA CINTAKAN AWAK, TAPI AWAK HARUS MENGERTI HASRAT DAN NALURI HATI SAYA.
SAYA MINTA MAAF, JIKA SAYA MEMAKSA AWAK, TAPI PERCAYA LAH, TANPA ADA TINDAK BALAS ANTARA DUA HATI, MUNGKIN PERKARA INI TIDAK TERJADI,SAYA MEMANG IKHLAS NAK BERKAWAN NGAN AWAK,
SAYA HARAP AWAK PAHAM ISI HATI SAYA, AWAK JGN MARAH SAYA LAGITOLONG LAH, JIKA KITA ADA JODOH, MUNGKIN AWAK MASIH MAHU BERKAWAN NGAN SAYA, LEBIH DARI SEORANG KAWAN ( KEKASIH )
TAPI, KITA TAK PERNAH ADA RASA BERGITU KAN, CUBA PAHAMI HATI SAYA, DAN SAYA AKAN MEMAHAMI HATI AWAK.
TOLONG BALAS SURAT INI, SAYA BERHARAP SANGAT AWAK DAPAT BALAS SURAT INI,
SAYA SAYANG AWAK...
Seperti air yang mengalir deras,ikan - ikan berenang dengan gembira,akan tetapi ada sebalik didalam hatiku ini, yang membuat aku teringat pada mu selalu,Terdetik hati ini ingin mendekati mu, aku masih rasa malu,Namun dapat jua ku menepis semua sangkaan itu,Lalu ku cuba berpaling kebelakang, dan mencapai tangan mu ke sisiku,Aku akan melindungi mu sayang, hingga akhir hayat ku,
Dalam, hati ku, aku cuba bertanya adakah di sudah berpunya,Hati ku memaksa aku untuk bertanya lagi, adakah di ada yang lain,ataupun aku tidak setanding dengan orang yang lain,Cuba lah kau fikirkan, apa yang harus aku buat untuk menambat hatinya,Aku tak pernah merasa kegagalan dalam hidup ini, atau kekalahan dalam jiwa ku ini,
Sayang, satu saja kupinta darimu, agar kau dapat menerima ku kembali,Dalam hidup ku yang kekosongan ini, masih kah ada cinta dihati mu,Atau kegagalan dalam hidup ku selamanya,Aku masih lagi menanti jawapan dari mu, tanpa kurasa jemu,Hidup ini bagaikan lalang yang ditiup angin,Kadang-kadang dia ketepi, kebelakang, kedepan, ataupun patah sayapnya,
Aku masih lagi waras kalau bercerita tentang cinta,Tapi kalau kaca dihempas ke lantai, pecah yang terjadi, luka yang ku dapat,Aduh..pedihnya, luka di tangan, pedih lagi luka dihatiku ini..
Kuharap kau dapat memahami, hati dan perasaan,Rintik-rintik hujan malam ini, melengkapi kalutnya sebuah hati,yang memenjarakan jiwa dan perasaanku,Angin yang bertiup,,kencang, membawa ku keatas jauh disana, Tapi aku akan kembali suatu hari nanti....Percayalah................
Yang benar Wan

so dalm bulan tersebut pun aku dengar dia ni nak cuti lagi..kali ni sampai seminggu...budak2 kat line yang ckp kat aku...aku pun hantar la..SMS kat dia...tanya kat dia.....awak nak pergi mana???dia tak balas...sms aku pun...aku benggang jugak kali..ni,,,Surat aku kirim pada dia pun tak balas...SMS pun tak balas...call pun tak jawab....???kenapa nie...aku tanya pada hati kut yang semakin berdetik kuat ni...memang sedih...aku menitiskan air mata aku...setiap kali aku mengenang kisah lama aku dengan dia...
pada suatu hari..member aku Kanaga, tanya kat aku...hei Wan, Julia dah mau kawin ke???aku tanya kat dia..kau jangan main2...dia kata betul la...aku pun diam kan diri je la...bila aku masuk line je...ramai cakap kat aku..abg bila nak cuti??? Julia dah cuti...aik...knp aku nak cuti plak...budak2 ckp...bukan abg ke yang nak kawin ngan dia...bila masa pulak yang aku pergi meminang dia....aku rasa tak sedap hati..aku terus call dia..dia tak jawab...hantar sms pun tak balas....
Sah dia nak kawin...sebab ada budak ckp dia akan berkawin pada 9 sep 2006 nie...dia tak bagi kat org..cuma jemput mulut je..kat aku pun dia tak jemput...korang cuba bayangkan persaan aku masa tu...macam mana???aku sedih betul dgn perbuatan dia...sampai aku cuti sehari...duduk kat rumah, menagis sendirianaku tak sangka dia buat aku mcm tu...knp??? mengapa???...sedangkan aku cuba menaruh harapan..dan dia musnah kan harapan aku...memang sedih la...
cuba ko bayangkan...aku pernah tanya kat dia...yang dia ni ada boyfriend ke??dia kata tak de..sebab tu la..aku kawan ngan dia...cuba kalau dia ckp awal2 kat aku...aku tak kan cuba kawan ngan dia dan berikan harapan kepada dia untuk aku....ni tiba2 je dia dah kawin...memang tak masuk akal langsung..kan???malam pernikahan dia...aku cuba call dia...dia tak jawab/??//aku hantar sms pun dia tak balas....so aku tak tahu nak buat ape2 lagi...sakit kepala aku memikirkan perkara ni....aku hantar sms kat dia, aku kata kat dia..knp dia buat aku mcm ni...kalau dia tak suka kat aku pun cuba la berterus terang kat aku...korang bayangkan...selama aku kawan ngan dia...aku dgn dia biasa je....tapi aku tak boleh terima..yang dia tiba2 je...nak kawin....
macam perkara ni dirancang oleh dia dari awal...atau pun dia dikawin kan oleh mak bapak dia..aku ni masih positif, cuba memandang dai sudut berbeza....aku masih teringat, bait2 lagu Mayang sari yang dia suka..tu...( Tiada Lagi )

Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati slalu berbeda sampai kapan lagi kuharus menahan rasa kecewa didalam dada......... seandainya kita masih bersatu tak mungkin kan menyatu walau masih ada sisa cinta ........ biarkan saja berakhir sampai disini....... tiada lagi ................ yang kuharapkan tiada lagi .............. yang kuimpikan biar aku sendiri tanpa dirimu................... tiada lagi ............. kata cintaku ........ takkan lagi ku bersamamu biar kusimpan semua kenanganku bersamamu
Hari ni genap 6 hari dia dah kawin..aku masih ingat kat dia lagi..setiap hari aku melihat wajah dia..dalam gambar yang dia berikan pada aku....aku ada call dia, tapi dia tak jawab...so aku dah mula terfikir..yang aku ni sudah menggangu rumah tangga orang, so aku mula tak call dia lagi..dan tak akan call dia lagi...sebab dia milik orang lain..bukan aku....so aku mesti sedar dari lamunan dan mimpi aku yang panjang ni..sedih juga setiap kali aku teringat kat dia..tapi ape leh buat...so satu je nasihat aku kat korang semua..jgn sesekali menaruh harapan yang tinggi kalau kita masih dibawah...aku doakan semoga Julia berbahagia dan gembira dgn apa yang dia dah buat pada aku....aku menerimanya sebagai satu cabaran....
sekian...aku ada lagu untuk korang..lagu ni kalau aku dengar, setiap kali la aku menanggis sendirian...cuba pahami lirik lagu ni dengan perasaan...bagaimana korang rasa..mcm tu la aku rasa....
Jujur
Duhai kekasih pujaan hatikuApakah kau memberiku satu artiSedikit rasa yang bisa kumengertiBukan sumpah atau janji
Buktikanlah bila kau ada cintaSetulus hatimu bisa menerimaSebatas kejujuran yang kau milikiBukan sekedar bersama
Reff:Jujurlah padaku bila kau tak lagi cintaTinggalkan akuBila tak mungkin bersamaJauhi diriku lupakanlah aku
O… Ho… O… Ho…
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cintaTinggalkan akuBila tak mungkin bersamaJauhi diriku lupakanlah akuSelamanya